Brave Girls Menangis Rollin Jadi Hits Selepas 4 Tahun Ditambah Jadi Siulan Oppa Askar!

Cover album lagu Rollin dari bintang KPOP, Brave Girls telah ditukar selepas lagu ini secara tiba-tiba menjadi hits dan juara carta banyak aplikasi muzik di Korea. Walaupun ia sebenarnya lagu yang dilancarkan pada empat tahun lalu.

Penukaran tersebut telah dilaksanakan pada jam 10 pagi bertarikh 2 Mac 2021 diaplikasi Bugs, Genie Music dan Melon. Menurut pihak agensi Brave Girl, penukaran tersebut selepas mereka menerima permintaan dari peminat yang mahukan kulit album lagu tersebut ditukar.

Cover lama (kiri) dan baru.

Malah, sebaik saja lagu ini menjadi siulan, banyak komen mengatakan kulit album tersebut tidak sesuai dengan konsep lagu berkenaan.

Dalam pada itu, perancangan mengenai lagu tersebut dipersembahkan atas pentas masih belum dijadualkan lagi.

Lagu ini telah dilancarkan pada 2017 di bawah genre lagu EDM dengan kombinasi tropical dan uptempo. Malah, lagu ini menjadi menarik dengan vokal dan bahagian chorus yang menggoda.

Netizen tambah gembira selepas penukaran tersebut dibuat, kebanyakan mereka berpuashati dan menyatakan ia lebih cantik dari yang sebelum ini.


“Saya fikir ia seperti mimpi sebenar. Sewaktu mendengar dan menonton MV lagu ini sebelum ini, saya pernah berfikir satu hari nanti mungkin ia akan menjadi. Ia memang seperti tanggapan normal tetapi saya merasainya sekarang, “ ujar salah seorang ahli Yoo Jung sewaktu ditemu bual stesen Radio MBC FM4U.

“Kami semua menangis. Pada mulanya saya tidak boleh menanti tetapi saya amat terkejut. Selepas 10 saat, air mata saya pun mengalir. Kepada semua abang askar, memang berat bagi anda untuk menjaga keamanan negara tetapi terima kasih sebab bagi kami kekuatan.

“Sewaktu kami menyanyi di hadapan anda semua, kami tambah keselesaan dan keyakinan. Terima kasih abang askar,” ujarnya.

Lagu ini menjadi tular dan hits di carta muzik selepas satu video persembahan mereka di hadapan kumpulan askar menjadi perhatian dan dimuat naik pada 24 Februari 2021. Selepas video tular, lagu ini menjadi TOP di Bugs pada 27 Februari manakala pada 1 Mac lagu ini berada ditangga ke 5 carta Melon.

Kongsikan artikel ini