Pelakon terkenal Korea yang dikenali serata dunia, Lee Min Ho bukan saja kacak dan digilai ramai. Kejayaan yang dikecapi menerusi drama Boys Over Flower melonjak namanya sehingga kini. Malah, Lee Min Ho tersenarai sebagai pelakon Korea yang paling mahal menerima bayaran.
Bukan saja jadi rebutan produser drama dan filem, Lee Min Ho yang memulakan karier sebagai model terlebih dahulu menjadi rebutan agensi pengiklanan di Korea dan serata Asia. Apa yang pasti, setiap kali muncul dalam drama, Lee Min Ho sering tampil sebagai anak orang kaya dan memiliki rumah seperti Istana Kayangan.
Istimewa untuk pembaca Korea Buzz, berikut adalah senarai rumah milik Lee Min Ho sewaktu dia memegang watak besar sebagai hero utama tersebut. Yang penting, salah sebuah rumah tersebut berada di Amerika Syarikat.
Difahamkan, anda juga boleh melawat rumah-rumah ini apabila anda mengunjungi Korea Selatan. Agak-agak rumah yang mana satu menjadi idaman anda?