Saham SM Ent Naik Lepas Bekas Pakwe Jennie, Kai EXO Umum Debut Solo

Ramai sedia maklum, ahli kumpulan EXO yang paling seksi, Kai atau Kim Jong In pernah berkasih dengan ahli Blackpink, Jennie. Namun, percintaan mereka putus di tengah jalan dan kini mereka lebih berhubung sebagai seorang abang dan adik dalam industri hiburan KPOP.

Terbaru, Kai yang sebelum ini banyak menjadi model jenama antarabangsa dilaporkan sedang bersiap sedia untuk debut atau melancarkan album solo pertama. Pengumuman ini telah disahkan oleh pengurusan Kai iaitu SM Entertainment.



Bagaimanapun, tarikh rasmi untuk Kai bergelar penyanyi solo masih belum diketahui. Menerusi laporan ini, Kai menjadi ahli EXO yang kelima tampil album solo selepas Baekhyun, Chen, Suho dan Lay.  

Menariknya, sebaik saja pengumuman ini diketahui umum, pemilik SM Entertainment tersenyum lebar apabila berita gembira ini membantu saham syarikat melonjak tinggi. Difahamkan, lonjakan peningkatan saham sebanyak 7.13%. Atas sebab itulah, big boss SM Entertainment bernama Lee Soo Man mengucapkan terima kasih kepada peminat EXO terutama peminat Kai.

Selain itu, nama Kai terus tular seluruh dunia dengan hashtag #KAI_IS_COMING . Menerusi hashtag tersebut, peminat Kai dari serata dunia berkongsi perasaan gembira dan mempunyai harapan tinggi terhadap album solo Kai. Ini berikutan, Kai digelar tengah segala tengah yang mana tarikan utama EXO.



Mampukah album ini mengalahkan jualan album solo Baekhyun yang melebihi sejuta album? Tunggu dan lihat saja nanti. Namun, ada yang teruja dan tertanya-tanya adakah imej Kai terus seksi seperti imejnya dalam EXO ? Tunggu…

Kongsikan artikel ini