Ramai Mangsa Hilang Harta Kerana Percaya Scammer Benjamin Yu Jadian! LGBT Tertinggi

Selepas setahun berlalu, Penghias Muka Depan Korea Buzz edisi Ogos 2020, Benjamin Yu menjadi bualan hangat warganet apabila ramai mangsa scammer hilang ribuan wang kerana terlalu taksub dengan kekacakan model yang juga duta SALIGIA MEN.

Difahamkan ramai mangsa terdiri dari golongan LGBT dan yang terdesak mencari pasangan hidup. Golongan ini difahamkan terdiri daripada pengguna aplikasi dating yang kini sangat popular digunakan untuk berhubung dengan dunia lua.

Lebih panas lagi, Korea Buzz turut menerima kiriman e-mel dari seorang pembaca yang menjadi mangsa scammer Benjamin Yu. Beri

Benjamin Yu


“Hi. I have recently been a victim of a cybercrime syndicate who got thousands of dollars from me by using benjamin yu’s profile. Please inform his publicist and his modeling agency regarding this matter so his profile will never be used for criminal activities. Thank you.,” isi kandungan e-mel tersebut.

Menyedari hakikat ini, Benjamin sendiri sudah menyatakan di laman Instagramnya bahawa dia langsung tidak mempunyai akaun aplikasi tersebut. Malah, ramai juga yang menyamar jadi dirinya.

Penerangan di IG

Fake! Caption yang diletakkan ke atas gambar berlambakan akaun IG yang menyamar jadi dirinya. Manakala, Benjamin menulis “Fake!I have never downloaded this app, any dating app with my picture on it is fake, fake! Please let each other know! Thank .” ke atas aplikasi dating yang menggunakan dirinya.

Kes penipuan libatkannya


Apa yang pasti, walaupun perkara ini sudah dilaporkan banyak kali, semakin ramai menggunakan akaun menjadi Benjamin Yu. Apa yang pasti, Benjamin sangat aktif di Instagram dan akan berinteraksi secara rasmi di akaun itu saja. Jadi, seandainya anda juga menjadi mangsa, boleh membuat laporan tersebut menerusi akaun Benjamin ini.

Kongsikan artikel ini