Selebriti Popular Korea Dilanda Virus Pedang Goblin

Foto Naver.com

Drama Korea berjudul Goblin atau Guardian: The Lonely and Great God lakonan Gong Yoo, Lee Dong Wook , Kim Go Eun, Yoo In Na dan Yook Sung Jae yang melabuhkan tirai pada 21 Januari di Saluran TV Korea (TVN) telah mencetus satu fenomena baru di Korea Selatan.

 

Bahkan virus drama ini jauh lebih hebat berbanding drama Descendents Of The Sun (DOTS) lakonan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo sehingga babak Gong Yoo yang memegang watak Goblin dihunus pedang di dadanya trending dan menjadi ikutan netizen Korea.

 

Ramai peminat drama ini telah membuat parodi babak berkenaan di laman sosial termasuklah beberapa Selebriti Korea seperti Roy Kim, Tae Yeon (Girls Generation), Seol Hyun (AOA) , Yoon Gyun Sang, Park Ji Yoon dan Kim Soo Hyun dengan diselitkan  komen menarik dari artis popular ini.

 

 

Foto Instagram Roy Kim

Roy Kim- “Mencari pengantin Goblin. Saya menginginkan cinta kamu supaya saya boleh terus mencintai kamu sehingga ke syurga. Seandainya anda melihat pedang ini, berikanlah jawapan.

 

Foto Instagram Yun Kyun Sang

Yun Kyun Sang- “Saya ada misi..Mencari pengantin hantu yang telah meninggalkan ku bertahun lamanya…”

 

Foto Instagram Park Ji Yoon

Park Ji Yoon- “Maafkan Aku Yang Berdosa Ini. Marilah menonton Goblin sehingga menitiskan air mata seperti bayi”

 

 

Foto Instagram Seol Hyun & Tae Yeon

 

Seol Hyun- “#Goblin ”
Tae Yeon- “#Terbaik”

 

Sementara itu, pelakon utama drama ini baru saja menyiarkan foto terima kasih dan tanda sayang  mereka terhadap peminat yang menonton drama yang memonopoli rating TV di Korea.

 

Foto Naver

 

Dalam pada itu, selain terdapat pelbagai gambar yang diedit dengan diletakkan pedang Goblin, replika pedang juga dicari penggemar drama ini terutama sekali kanak-kanak.

 

Netizen Korea juga menggambarkan bahawa Goblin jauh lebih baik berbanding DOTS. Malah daya penarik drama ini bukan saja pada jalan ceritanya saja.

 

Kehebatan lakonan Tunjang utama drama ini iaitu Gong Yoon dan Lee Dong Wook yang masing-masing mula mencipta nama menerusi drama Coffee Prince dan My Girl turut membuatkan drama ini digilai semua lapisan masyarakat Korea.

 

Apatah lagi, Gong Yoon yang kembali menyinar tahun lalu menerusi filem Train To Busan. Drama ini juga berjaya menepiskan drama lain yang menampilkan hero dan heroin popular seperti drama Hwarang: The Beginning dan Legend Of The Blue Sea.

 

Foto hasil dari peminat drama Goblin . Sumber Naver

Fakta Goblin:

  1. Script Reading pertama drama ini telah diadakan pada 30 Ogos 2016 di Sangamdong, Seoul.
  2. Mula penggambaran pada September 2016. Babak Gong Yoo dan Go Eun telah dirakam di Canada pada 5 Oktober 2016.

Kongsikan artikel ini