Selebriti Malaysia Muncul Secara Langsung Dalam Program Pyeong Chang 2018 Korea

Selebriti popular tempatan iaitu Datin Diana Danielle, Fara Fauzana, Elly Arifin, Haniff Hamzah, Hyunmin-A dan Mia Ahmad bersama suami Izham Tarmizi telah diberi peluang untuk muncul dalam program bual bicara Pyeong Chang 2018 yang telah dibuat secara langsung pada 16 Februari 2018 tempat jam 12 tengah hari waktu tempatan.

 

 

Program yang disiarkan selama satu jam dalam bahasa Korea dan English ini telah dikendalikan bekas Miss Korea iaitu Jenny Cho yang juga sahabat baik Selebriti tempatan yang menempa nama di Korea iaitu Hyunmin-A. Dalam program ini, Selebriti tempatan diberi peluang untuk menyampaikan pesanan kepada dua atlet negara iaitu Julian Yee dan Jeffrey Web yang berjuang dalam sukan Olimpik musim sejuk Pyeong Chang 2018.

 

Pelbagai aksi dan ragam telah ditonjolkan selebriti tempatan demi menyokong atlet kebangsaan. Anda berpeluang menonton program ini di sini. Selain itu, anda juga boleh menyampaikan ucapan anda untuk atlet kesukaan anda menerusi program ini secara langsung dalam episod akan datang di laman facebook PyeongChang 2018 – 2018 평창 동계올림픽대회 및 동계패럴림픽대회 Selamat menonton.

 

2018 평창라이브 / PyeongChang 2018 LIVE with Korean Englishman

2018 평창라이브에 나타난 파워유튜버 영국남자!제니,영국남자 조쉬,올리와 함께하는 동계올림픽,그리고 한국의 문화와 음식이야기! 출연진: 제니조,조쉬,올리

Posted by PyeongChang 2018 – 2018 평창 동계올림픽대회 및 동계패럴림픽대회 on 15hb Februari 2018

Kongsikan artikel ini