Babak Anu Terjuntai & Gersang Six Pack, It’s Okay To Not To Be Okay Dilabel Gangguan Seksual

Drama terbaru lakonan Kim Soo Hyun bersama Seo Ya Ji mendapat perhatian penonton selepas tayangan empat episod. Malah, drama yang mendedahkan betapa kekarnya badan Soo Hyun turut diheret dan dikritik netizen sebagai drama yang penuh dengan kontroversi serta tergolong dalam kategori gangguan seksual.

Bagaimanapun, pihak produksi bersuara dan bakal meneliti tanggapan tersebut. Kritikan ini muncul apabila drama It’s Okay To Not Be Okay menyiarkan babak pelakon Seo Ye Ji yang datang ke bilik persalinan dan cuba menyentuh badan Soo Hyun yang waktu itu tidak memakai baju.



Ia dihangatkan lagi dengan babak pelakon Kwak Dong Yeon yang melakukan babak strip show yang mana pelakon ini digambarkan berbogel dengan hanya suntingan yang menutup bahagian kemaluan saja. Lagi panas, Kwak Dong Yeon turut tampil dengan babak hanya memakai baju mandi dengan menutup bahagian alat sulit menggunakan teknik grafik saja dengan menggambarkan alat sulitnya terjuntai. Adegan tersebut turut diselitkan dengan dialog dari Seo Ye Ji berbunyi… Is this what people would call a teeny-weeny weenie? Because it’s tiny?

Skrip drama tersebut terus panas apabila Ye Ji berdialog…

Why are you so cold to me? You were really passionate that night… Yes, I’m horny. I admit that… Do you want to sleep with me?


Penonton terus berang dan naik angin apabila dialog Kwak Dong Yeon yang menyebut Morning Sun Club yang mengaitkan skandal kelab Burning Sun. Lagi panas, skrip Seo Ye Ji yang menawarkan hubungan seks. Skrip tersebut mengundang keghairahan apabila Seo Ya Ji bertanya kepada Soo Hyun adakah dia akan rasa ghairah dengan sentuhan dirambutnya.

Secara amnya, penonton kecewa kerana terlalu banyak babak dan skrip berbaur lucah dan seks sehingga mengganggu fokus jalan cerita drama tersebut.


Berikut adalah luahan rasa penonton:

“Saya ingin menonton rancangan ini kerana Kim Soo Hyun ada di dalamnya, tetapi ini membuat saya mempertimbangkan semula keputusan saya …”

“Saya rasa memalukan dan menjijikkan untuk menonton.”

Sementara itu, drama ini terus mendapat rating tertinggi di Korea. Babak romantik yang dihasilkan sangat menarik dan ramai mahu lihat lagi chemistry dua pelakon ini. Malah, penonton berharap pihak produksi dapat kurangkan unsur kontroversi.

Kongsikan artikel ini