Bintang KPOP yang debut menerusi kumpulan ILUV pada 2019, Shin Minah mencetus kontroversi apabila dia mengaku telah dibuli oleh semua ahli ILUV yang bertukar jenama kepada BOTOPASS. Difahamkan, Minah atau juga dikenali menerusi saluran Youtubenya dengan nama Cocoah telah muat naik kehidupan harian sebagai pelatih KPOP bersama ahli kumpulan BOTOPASS.
BOTOPASS dijadualkan akan debut pada 4 Ogos ini dengan penambahan ahli baru. Bagaimanapun, video terbaru mengejutkan peminat dengan menghidu bahawa Minah ada niat untuk membunuh diri. Menerusi video berkenaan, Minah telah pergi ke sungai Han dan ingin terjun. Bagaimanapun, seorang anggota polis telah berjaya menyelamatkan gadis ini.
Minat turut menyatakan dalam video tersebut dia dalam kecelaruan dengan banyak pemikiran negatif. Namun, dia berterima kasih dan tidak boleh lupa jasa anggota polis yang telah menyelamatkannya. Anggota polis berkenaan dilaporkan sepupu kepada ahli SHINEE iaitu Taemin.
Polis berkenaan juga telah menenangkan ibu kepada Minah. Minah juga berjanji akan berterima kasih kepada polis itu apabila dia sudah sihat nanti.
Tindakan bunuh diri yang ingin dibuat Minah kerana tertekan dengan ahli kumpulannya yang membuli Minah. Malah, Minah turut mendedahkan tiada seorang pun ahli kumpulannya melayan baik dirinya. Minah dikatakan sudah menderita tekanan selama enam bulan.
Bukan saja membuli, ahli kumpulan tersebut juga telah melakukan gangguan seksual terhadap Minah. Penderitaan Minah telah disuarakan gadis ini di laman instagram miliknya. Penderitaan yang dihadapinya membuatkan Minah tidak boleh tidur.
Dalam video sebelum ini, Minah telah mendedahkan bahawa dia telah mengambil ujian saringan COVID-19 kerana sesak nafasm sakit badan secara tiba-tiba sewaktu dia didalam. Pun begitu, Minah disahkan negatif corona virus tetapi menderita sakit mental yang meliputi sakit depression, panic disorder dan insomnia.
Minah sendiri telah mengaku bahawa ini semua berpunca dari ahli kumpulannya yang sering membuatkan dirinya sakit dan hidup seperti dalam neraka. Minah juga mahu agensi dan ahli kumpulannya membuat permohonan maaf terhadap dirinya.
Difahamkan, Minah kini telah membatalkan kontraknya dengan agensi tersebut atas bantuan peguam tetapi masih lagi pihak agensi dan ahli kumpulan melakukan permohonan maaf secara terbuka.
Pendedahan Minah telah membuatkan ramai memberikan perhatian kepada dirinya. Oleh kerana itu, Minah berterima kasih dan memohon maaf kerana belum sempat membalas semua komen dan mesej yang diberikan. Ini juga kali pertama buat dirinya menerima banyak panggilan dan mesej sokongan.
“Ramai orang ambil berat dan tanya adakah saya sudah makan. Saya masih tidak ada selera makan. Sekarang berat badan saya 36kg. Agensi telah memberitahu saya untuk merahsiakan hal ini. Sebab apa saya perlu merahsiakannya?
“Adakah saya perlu minta maaf. Saya perlu minta maaf kepada orang yang memusnahkan hidup saya. Saya menderita seperti mahu mati. Saya tahu anda semua perhatikan saya secara senyap. Tak payahlah nak sembunyi lagi,” kata Minah.
Kontroversi ini telah memaksa Minah untuk berehat seketika dari sosial media dan kehidupan sebagai artis Kpop untuk sementara waktu. Bagaimanapun, Minah masih lagi belum berputus asa untuk mencapai cita-citanya dan berjanji akan bangkit semula selepas sembuh dari penderitaan ini.
Untuk menyokong usaha Minah, peminat telah banyak mengirimkan kata semangat dengan memberitahu bahawa dia tidak keseorangan. Peminat menunjukkan sokongan itu dengan menggunakan hastag #StayStrongCocoah