Serius Lah Wei! Rose BLACKPINK Tak Layan Cinta Niall Horan & Keegan Allen ?

Umum sedia maklum, ramai bintang ternama dari Hollywood meminati bintang Kpop. Malah, semakin hari, semakin ramai bintang terkenal dari barat tidak segan mengakui bahawa mereka peminat setia artis Kpop seperti BTS, Super M, NCT dan BLACKPINK.

Niall Horan

Terbaru, ahli One Direction iaitu Niall Horan yang kini selesa menjadi sing song writer turut mengakui bahawa dia adalah peminat setia BLACKPINK terutama sekali Rose. Malah, dalam sebuah wawancara bersama media barat, Niall pernah menyebut bahawa dia menyukai muzik dari BLACKPINK.

Sewaktu Rose yang membuat Live di laman Instagram bagi tujuan untuk berborak dengan peminatnya bergelar PINK, Niall turut sama menyertai sesi tersebut dengan memberikan komen lambaian. Malah, BLINK teruja apabila melihat komen dari Niall.

Selain Niall, seorang lagi artis Hollywood yang menyertai sesi chat itu adalah pelakon Keegan Allen yang terkenal menerusi watak Toby Cavanaugh dalam siri Pretty Little Liars.

Keegan

Bagaimanapun, kedua-dua komen tersebut tidak perasan atau diketahui Rose. Menurut peminat yang melihat komen dari kedua-dua figura kacak ini, sewaktu mereka memberikan komen dan bertanya soalan kepada Rose, gadis cantik ini sedang sibuk menterjemahkan ayat untuk BLINK.

Apa sekalipun, Insiden tidak perasan komen ini akan berlaku lebih-lebih lagi kepada pemilik akaun Instagram yang lebih sejuta pengikut. Namun, Korea Buzz rasa, sekarang ini Rose sudah mengetahuinya dan berkemungkinan mereka akan berkawan. Rasa-rasanya siapa lagi sesuai bersama Rose? Anda pilih Keegan atau Niall?

Kongsikan artikel ini