Join DO & Xiumin Untuk Seksual Digital, Min Seok Selamatkan Wanita Jadi Mangsa Spycam!

Pelakon kacak yang mula dikenali menerusi drama Descendent of The Sun, Kim Min Seok kembali menjadi bualan netizen apabila dia yang kini masih lagi dalam tempoh khidmat ketenteraan negara digelar hero sebenar Korea.

Gelaran ini diberikan apabila laporan media Korea memberitahu bahawa Min Seok baru saja menyelamatkan seorang wanita dari menjadi mangsa kamera tersembunyi. Menurut laporan tersebut, Min Seok yang bertubuh kecil tetapi berotot telah menangkap seorang lelaki yang cuba merakam susuk tubuh wanita secara haram di sebuah kafe yang terletak di Apgujeong pada 19 Julai 2020.

Kejadian tersebut berlaku tatkala Min Seok sedang bercuti dari khidmat tentera. Menyedari perbuatan haram lelaki tersebut, Min Seok terus menghubungi pihak polis untuk mengelak lelaki yang ditangkapnya itu lari. Tindakan berani Min Seok telah berjaya membantu pihak polis menangkap penjenayah tersebut di tempat kejadian apabila pegawai polis tiba di lokasi yang dimaklumkan Min Seok.

Selepas pihak polis menyiasat telefon penjenayah itu, pegawai tersebut mendapati banyak rakaman video haram melibatkan ramai wanita yang lain. Sikap hero sebenar Min Seok telah memberikan sumbangan langsung untuk menangkap penjenayah tersebut.



Sementara itu, sewaktu bertugas sebagai askar, Min Seok telah menyertai kempen membanteras eksploitasi seksual digital bersama dengan dua ahli EXO iaitu D.O dan Xiumin. Pemilihan Min Seok untuk kempen ini mendapat perhatian ramai kerana imej bersih beliau yang membawa Korea ke satu destinasi yang lebih baik.


Kongsikan artikel ini