Langit Ketujuh Dah 20 Tahun: Sharifah Zarina Nak Masuk Pasaran Korea? Seriuslah?

Kalau korang selalu lepak karaoke, confirm pernah bantai nyanyi lagu Langit Ketujuh kan? Tapi mesti ramai tak tahu siapa penyanyi dia, Sharifah Zarina. Nah, baru-baru ni, dia tiba-tiba tular balik sebab buat comeback, tapi kena bahan sikit sebab suara macam terkucil masa nyanyi lagu Dawai dari Indonesia. Aduh, kesian dia. Tapi biasalah, orang lama mana tak pernah tersasar, kan?

Sekarang ni, Sharifah dah lain macam. Dia try nasib jadi pelakon pulak! Gempak beb, drama yang dia berlakon tu pun tengah hot sekarang. Bukan setakat tu je, Sharifah pun bakal keluarkan lagu baru yang katanya memang ngam gila untuk trend TikTok. Boleh bayang tak, nanti mesti penuh FYP korang dengan lagu dia!

Yang paling power, Sharifah yang ada anak influencer ni share satu berita gempak: Dia nak remake lagu Langit Ketujuh yang dah 20 tahun tu dengan gaya baru, siap ada sentuhan Korea lagi. Weh, seriyeslah? Dia nak try nyanyi lagu tu dalam Bahasa Korea! Bayangkan Sharifah Zarina nyanyi sambil buat saranghaeyo!

Dan dengar-dengar, mungkin ada kolaborasi dengan penyanyi Korea. Hah, siapa agak-agaknya? Bayanglah kalau tiba-tiba BTS join sekali, terus viral habis! Tapi benda ni masih dalam plan lagi.

Kalau betul jadi, fuh, mesti gempak! Mana tahu lepas ni kita boleh tengok Sharifah perform kat Inkigayo Korea? Cuba bayangkan dia buat heart finger sambil nyanyi. Harap-harap jadi la, kita support dan doakan yang terbaik untuk dia!

 

Kongsikan artikel ini