Makcik Korea Tak Tahan Dengan Imej Baru Putera Pemain Bola Sepak Korea -Sian Lee atau Daebak!

Putera kepada pemain bola sepak Korea, Lee Dong Guk yang bernama Sian Lee sering mendapat perhatian sejak dia muncul dalam program The Return of Superman II. Kecomelannya dan kepandaian anak kecil ini yang glamor dengan nama Daebak sering dipuji apatah lagi keletahnya bersama kakak kembarnya.

Wajah terbaru Sian Lee


Terbaru, ibunya bernama Lee Soo Jin telah memuat naik foto terbaru Sian yang bikin netizen Korea tak senang dulu. Foto terbaru Sian yang disiarkan pada 5 Februari mendapat perhatian kerana wajahnya yang berubah dari comel kepada kacak.

Wajah Swafoto Sian.


Foto yang mempamerkan wajah terbaru Sian yang berambut panjang dengan mengenakan rantai dan gelang membuatkan ramai makcik bergelar ahjuma di Korea pandang serius terhadapnya.

Bersama bapanya sewaktu sertai program TV


Sian yang berumur 8 tahun ini menunjukkan sisi karisma daripada bayi yang suka menangis kepada anak lelaki yang membesar dengan penuh tampan dan bergaya.  Rata-rata ramai ahjuma sebak melihat pembesaran Sian yang mewarisi ketampanan ayahnya. Ramai juga sudah tekan butang mahu menjadikan dia menantu.

Kongsikan artikel ini