Agak sukar untuk melihat aktres Korea berbadan gempal, besar dan chubby. Begitu juga dengan gadis biasa Korea. Paling tidak pun, selepas umur menjangkau 45 tahun ke atas atau sudah mempunyai anak, barulah dapat melihat mereka berisi badannya.
Namun, tidak bagi aktres di Korea. Kebanyakan selebriti Korea yang berbadan gemuk terdiri daripada pelawak. Pun begitu, pelawak di Korea baik lelaki atau pun perempuan, semuanya jenis cantik, seksi dan menawan.
Jadi, untuk melihat aktres Korea ini berisi badannya apabila watak yang dipegangnya memerlukan mereka bersaiz badan gempal dan besar. Malah, ramai aktres Korea yang sudah beranak-penak masih lagi slim dan macam anak remaja.
Oleh itu, KOREA BUZZ berkongsi 10 wajah tembam aktres Korea yang dikenali dengan wajah cantik, badan seksi dan lakonan yang mantap. Yang penting, ada diantara mereka masih nampak lagi comel dan menarik walaupun sudah gempal. Ada juga yang berubah seperti wajah seperti pelakon dari Malaysia.
Jom nilai sendiri, aktres Korea yang mana masih lagi cun dan menarik walaupun sudah obesiti. Siapa pula yang ada iras selebriti dari Malaysia?