Program atas talian terbitan Blimey, 3 & More sering mendapat perhatian kerana lelaki-lelaki Korea yang berpacaran dengan wanita Malaysia dalam program tersebut ternyata menepati citarasa wanita tempatan yang mengidolkan aktor Korea dan bintang Kpop.
Terbaru program yang sudah masuk musim ke empat ini masih lagi mengekalkan penarik utama dengan menampilkan dua lelaki iaitu Lion dan Lee Dong Min. Menariknya, Lion bukanlah biasa dari dunia seni model dan lakonan, dia sebenarnya pelakon Korea.
Dong MIn
Manakala, Lee Dong Min pula masih lagi baru dalam arena hiburan. Pun begitu, menurut sumber yang menjadi penonton program tersebut yang disiarkan di VIUMalaysia, Lee Dong Min dikatakan lebih membuatkan ramai wanita Melayu cair.
Walaupun Lion bergelar pelakon, tetapi sosok wajah dan rupanya lebih kepada bintang KPOP. Manakala, Dong Min pula seperti jejaka biasa yang sangat romantis. Adakah atas faktor ini, Dong Min lagi menjadi pilihan untuk dijadikan suami berbanding Lion yang dilihat seperti buaya darat.
Mungkin pertanyaan ini boleh dijawab oleh Alisha dan Dee Alimin yang diberi peluang menjadi teman wanita mereka dalam program yang disiarkan di VIUMalaysia jam 6 petang.