Berita perginya isteri pelawak terkenal, Shuib bernama Siti Sarah Raisuddin (37) bukan saja menyedihkan satu Malaysia. Bahkan, ia juga mengejutkan masyarakat Korea.
Pemergiannya Sarah turut mengundang kesedihan mualaf terkenal Korea, Daud Kim. Berkongsi doa di instagram miliknya, Daud juga menyampaikan kesedihan tersebut kepada Korea Buzz.
Selain Daud, penyanyi lagu Luka & Bahagia, Hanbyul turut sama berkongsi kedukaannya. Malah, sewaktu berjuang dalam program Big Stage musim kedua, Hanbyul berduet dengan Sarah Sarah menerusi lagu Dirgahayu.
“She was the kindest, sweetest sister anybody could have. Kami titipikan doa agar diberi kesabaran, ketabahan dan kekuatan buat @shuibsepahtu sekeluarga. Salam takziah.
We know you’ll be watching down from the heavens,” kongsi Hanbyul.
Team Editorial mengucapkan takziah kepada suami dan keluarga Sarah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.