Song Kang Makin Rakus Bercumbu & Han So Hee Makin Berani Kangkang, Drama Nevertheless Kini Untuk 19 Tahun Ke Atas Saja!

Sewaktu pertama kali muncul sebagai aktor, Song Kang dikenali dengan imej hero romantis dan remaja dengan aksi sopan serta menambat hati ramai wanita. Namun, selepas memegang pelbagai watak hero, Song Kang tampak lebih berani dalam drama terbaru berjudul Nevertheless bersama aktres yang mula popular kerana drama The World of The Married iaitu Han So Hee.

Dari episod dua lagi Song Kang makin berani


Ramai terkejut dengan aksi bercumbu Song Kang bersama Han So Hee yang dilihat begitu rakus dan sangat mengghairahkan dalam drama tersebut. Malah, dalam episod ketiga, peminat juga terkesima melihat aksi kangkang Han So Hee yang sebelum ini sangat menjadi wataknya sebagai penggoda dan perampas suami orang dalam The World of The Married.

Apa yang pasti, sebaik saja episod tiga melabuhkan tirai pada 3 Julai 2021, warganet mengklasifikasikan drama ini hanya sesuai ditonton untuk 19 tahun ke atas saja.

Antara babak episod toga


Akhirnya Yunabi dan Park Jae Eon tidur bersama. Itulah babak yang menjadi perhatian penonton drama JTBC. Bukan itu saja, adegan panas mereka juga menjadi perhatian dan ramai terbeliak mata menontonnya. Apa yang pasti, drama ini menjadi tular di Korea serta ratingnya melonjak naik sehingga mengalahkan drama Penthouse musim ketiga yang sudah muak jalan ceritanya.

Song Kang dan So Hee Serasi bersama.


Secara kesimpulan, drama Nevertheless ini menerima impak drama The World Of The Married yang mana ada sesetengah episod diletakan dalam kategori untuk 19 tahun ke atas saja.

Kongsikan artikel ini