Terima Foto Senjata Tajam & Mesej Menakutkan, Ji Yeon (T-ARA) Diugut Bunuh Stalker!

Bekas ahli kumpulan Tiara, Park Ji Yeon menerima mesej ugutan dari individu yang tidak dikenal pasti identitinya. Namun, individu tersebut difahamkan sudah menjadi stalker bekas bintang KPOP ini dengan menghantar pelbagai mesej berbau ugutan secara berperingkat sejak kebelakangan ini.


“Sejak-sejak ni, stalker banyak menghantar mesej ugutan bunuh pada saya di sosial media seperti Instagram dan twitter,” kata Ji Yeon dalam perbualan telefon.

Lebih mengejutkan, Ji Yeon memberitahu, stalker tersebut menghantar mesej dalam bahasa English.

“Dia hantar mesej, Today is the last night. Dia juga beritahu Im in seoul. Lebih menakutkan, dia juga tulis, Isnt it sharp dengan gambar yang tertera senjata tajam,” jelas wanita cantik ini.


Difahamkan, akaun twitter milik stalker tersebut telah digantung selepas peminat bintang ini membuat laporan. Malah, ia juga telah disahkan, stalker ini turut menghantar ugutan yang sama di akaun instagram Ji- Yeon selepas akaun twitter digantung.

Pihak agensi Ji-Yeon telah meminta pihak polis dari Seong Dong untuk membuat siasatan terhadap stalker tersebut. Namun, Ji-Yeon dikatakan dalam ketakutan

“Perkara ini amat menakutkan saya. Saya takut nak keluar dari bilik saya sendiri. Saya sudah tidak dapat menahan lagi. Pihak kami akan menggunakan khidmat pihak berkuasa untuk mengawal kes ini,” katanya.