Sudah Dirisik, Ayda Jebat & Bintang K-POP, Eddy JJCC Disatukan Pada 2018?

Semenjak ahli kumpulan JJCC iaitu Eddy Oh membuat pengakuan bahawa penyanyi Pencuri Hati, Ayda Jebat adalah wanita pilihan hatinya dalam video eksklusif temubual bersama JJCC, ada peminat mula rasa gundah gulana. Peminat juga tidak senang duduk apabila Ayda Jebat yang kini sibuk mempromosikan filem Pinjamkan Hatiku bersama Saheizy Sam turut sama berminat dengan Eddy yang juga pengacara program TV saluran Arirang TV Korea.

 

Ayda & Eddy dalam persalinan perkahwinan.

 

Dari pengakuan kedua-dua figura ini, ada peminat merestui dan mendoakan agar ia menjadi kenyataan. Ada juga peminat tegar K-POP membantah dan protes tanda tidak setuju dek kerana tidak mahu Eddy tergolong dari artis lelaki yang pernah dikaitkan dengan Ayda seperti Zul Arifin, Radin ERA FM dan Redza. Apa sekalipun, komentar dan cadangan berkaitan Eddy JJCC dan Ayda Jebat telah mendapat perhatian pihak Korea yang mana mereka telah menghantar wakil untuk berjumpa pelantun lagu MATA, baru-baru ini. Menerusi risikan tersebut, Ayda dan Eddy sedang dalam proses untuk disatukan pada 2018. Namun, keputusan muktamad penyatuan Ayda dan Eddy atau singkatan AYDY ini masih belum dikenal pasti.

 

 

Namun, sama ada mereka akan bersatu dalam lagu, drama, filem atau pun program TV, segalanya masih lagi dalam tempoh perbincangan lagi. Bagaimanapun, mengikut perancangan asal, AYDY bakal dikahwinkan dalam satu majlis yang bakal disaksikan oleh peminat kedua-dua figura ini. Istilah ‘dikahwinkan’ bukanlah bermakna AYDY bakal menjadi pasangan suami isteri, sebaliknya ia adalah satu ikatan usaha sama dari kedua-dua belah pihak. Sungguhpun masa majlis ini masih belum ditentukan lagi, tapi ianya bakal dilaksanakan di Kuala Lumpur memandangkan Eddy juga rindu untuk kembali ke Malaysia. Lebih menarik lagi, AYDY sangat teruja untuk bersemuka.

 

Pengakuan daripada bintang K-POP Eddy dan Ayda Jebat dalam EH! KOREA BUZZ.

 

Oleh itu, seandainya anda berminat dan mahu program ini diadakan, pihak EH! KOREA BUZZ memohon jasa baik untuk anda mengisi borang di bawah ini. Proses ini menjadi lebih lancar sekiranya pihak penganjur menerima penyertaan ramai peminat dari Malaysia. Malah, ia terbuka kepada peminat AYDY yang berada di Asia Tenggara.

 

Please select a valid form

Kongsikan artikel ini