Marvel Perkenal Hero Baru Dari Korea, Taegeukgi! Apa Kuasa Superhero ini?

Nampaknya karya seni Hollywood terus galak menggunakan bakat dan populariti Korea dengan menyunting aktor dari negara KPOP menjadi teraju utama filem dan drama. Malah, lebih hangat lagi apabila gergasi penerbitan komik superhero dunia iaitu Marvel telah memperkenal superhero asal Korea.

Penulis sambilan dari Marvel Komik iaitu Jed Mackay mengejutkan peminat komik superhero dengan menunjukkan preview episod ketiga Taskmaster di laman sosialnya.

Image

Taskmaster adalah watak penjahat atau anti-hero dari Marvel Comics. Ia mempunyai keupayaan untuk menyampaikan apa yang dilihat terus kepada memori otot. Menerusi komik ini, seorang wira Korea telah muncul.

“Kami akan melawat agensi pengintip Korea dan berdepan dengan wira Korea iaitu Taegeukgi,” jelas Marvel.

Taegeukgi memakai sut putih berlambangkan bendera Korea dan terdapat tanda Taegeuk pada badan dan gungon-gam-ri di bahunya. Memandangkan perkongsian ini tular di Korea, kedutaan Amerika Syarikat di Seoul telah melaksanakan kenyataan rasmi di sosial media.

“Superhero Taegeukgi Korea baru telah muncul. Apakah jenis keupayaan yang dia ada?”

Selain terkejut, netizen di Korea gembira kerana wujud superhero dari Korea dalam watak Marvel. Namun, tanda tanya terus dikicap di laman sosial untuk mengetahui kuasa yang dimiliki superhero ini. Malah, mereka turut membayangkan aktor Korea yang layak memegang watak tersebut di layar perak nanti.

Kongsikan artikel ini