Warganet Histeria Melihat Dada Swings Yang Tegap Seperti Superhero Captain America!

Rapper popular dari Korea, Moon Ji Hoon atau lebih dikenali dengan nama Moon Swings atau Jonathan Moon menggegarkan hati banyak wanita selepas dia memuat naik foto terbaru di laman instagramnya.

Foto berkenaan adalah gambar jejaka ini berada di kolam renang dengan mendedahkan badannya yang sado dan tegap. Dengan menggunakan caption Selamat Tinggal Yeoreum, ini terlalu panas untyuk foto berkenaan, banyak wanita terbeliak mata melihat foto itu.

Foto yang dikongsi di Instagram

Ramai juga tergoda dan histeria melihat bentuk badan Swing yang sado sewaktu santai dan berenang di kolam renang. Agak jarang melihat foto sebegini, warganet meninggalkan pelbagai komen sehingga ada yang mengatakan ini sangat mengejutkan.

Malah, ada yang mengatakan ianya sangat seksi dan otot dia begitu mengghairahkan. Dada dan bahu bidang itu juga begitu santik sehingga dikatakan sama seperti bahu Superhero Captain America.


Difahamkan, Swings juga dikatakan telah merubah imej potongan badannya secara konsisten di laman Instagram selepas melakukan senaman. Sebelum ini, dia juga pernah tular kerana bertukar saiz badan dari Slim fit kepada lelaki berotot.

Pada April lalu, Swings turut mendapat perhatian apabila menandatangani kontrak eksklusif dengan P Nation iaitu agensi milik pelatun lagu, Oppa Gangnam Style, Psy.

Kongsikan artikel ini