Malaysia Tidak Tersenarai, Taec Yeon Mula Jelajah Asia Pada September Ini!

Pelakon dan Ahli 2PM, Ok Taec Yeon, telah merencanakan pertemuan khas dengan peminat Asia.

Pihak ’51K’ mengumumkan poster jelajah pertemuan pertama Ok Taec Yeon dengan peminat Asia pada 21 Julai lalu dengan bertajuk ‘SpecialTY’.

Ok Taec Yeon akan memulakan jelajah pada 16 September di Taibei, dan melawat lima bandar lain termasuk Manila, Hong Kong, Bangkok, dan Jakarta.

Ini merupakan jelajah pertemuan pertama Ok Taec Yeon sejak mula kemunculannya. Pelakon kacak dan fasih berbahasa Inggeris ini telah terlibat dalam perancangan pertemuan ini sejak peringkat awal. Dia yang mempunyai badan yang kekar juga mengusahakan persiapan dengan sepenuh hati.

Pada bulan April lalu, Ok Taec Yeon telah mengadakan pertemuan dengan peminat di Jepun. Dia Menerima sambutan cinta dari peminat Asia, beliau kini menyediakan acara ini sebagai ungkapan balasannya.

Ok Taec Yeon berkata, “Walaupun budaya dan bahasa berbeza, saya percaya bahawa saya berada di sini berkat sokongan tetap peminat.” Dia turut juga menambah, “Selain pentas live, saya telah menyediakan pelbagai acara. Saya berharap pertemuan kali ini menjadi hadiah istimewa untuk semua. Saya akan bersiap dengan sebaik-baiknya.”

Sementara itu, Ok Taec Yeon kini berlakon sebagai ‘Sun Woo Hyeol’ dalam drama KBS-2TV ‘My Heart is Beating’.

 

Kongsikan artikel ini