Kes Jenayah Seks: Kang Hyun (Tendo) Digugurkan Dari High School Rapper Atas Tuduhan Merogol !

Sebaik saja episod pertama High School Rapper 4 di saluran Mnet berakhir disiarkan pada 19 Februari, timbul satu kisah kontroversi pada 20 Februari apabila laman komuniti di Korea mendedahkan bahawa dia adalah mangsa rogol salah seorang peserta program ini sekitar tahun 2018.

Mangsa tersebut mendakwa Kang Hyun atau Tendo telah menyerangnya secara seksual pada 2018 yang mana waktu itu dia masih dibangku sekolah menengah lagi.

Menurut mangsa, dia telah disiasat polis pada waktu kejadian dan mempunyai bukti perbualan teks mengenai kes ini. Malah, dia juga mempunyai bukti bahawa Kang Hyun sendiri telah mengaku melakukan jenayah seks itu.

“Saya berusia 18 tahun waktu itu. Manakala, Kang Hyun adalah seorang pelajar berusia 17 tahun dan mempunyai hati yang baik telah menghubungi saya pada awal tahun 2018. Dia berkata emosi dia tidak betul kerana sibuk dengan kerjaya muzik,” kata mangsa.

Walau bagaimanapun, pada bulan Ogos tahun yang sama, Kang Hyun membawa mangsa ke studio di Bupyeong, Incheon, mengatakan dia mahu belanja minum alkohol.

“Selepas minum saya jadi mabuk. Kang Hyun telah memegang badan saya dan saya menolaknya. Tetapi dia telah cium saya secara paksa. Malah, dia bertaya adakah saya menyukai dia. Malah, dia memaksa saya untuk membuka mulut untuk dia cium saya.

“Jeritan saya mampu memanggil orang lain datang waktu itu. Tetapi saya tidak mahu perkara ini diketahui orang kerana dia berjanji akan bertanggungjawab,” ujar mangsa lagi.  

Selepas kejadian itu, mangsa pergi ke balai polis dan klinik obstetrik dan ginekologi serta mengambil pil kawalan kelahiran kerana keadaan dalaman. Dia mengaku bahawa dia terlalu takut dan malu untuk berdepan rakan. Malah, dia langsung tidak mendengar permohonan maaf yang betul dari Kang Hyun, 19.  

Selepas isu ini menjadi viral dan di bawah siasatan polis, Kang Hyun dari program High School Rapper 4, memutuskan untuk tarik diri dari program tersebut atas tuduhan jenayah seks.

Untuk menjelaskannya, Mnet berkata pada 20hb, “Kang Hyun memohon maaf kerana menyebabkan kacau dan menyampaikan peletakan jawatannya.”

“Kami mengadakan beberapa pertemuan mendalam dengan 40 peserta sebelum siaran bermula, namun kami tidak mendengar mengenai isu berkaitan dalam proses itu. Selepas melihat isu berkaitan, saya menyemak dengan mereka sama ada mereka benar atau tidak.”

Pasukan penyiaran mengetahui kontroversi ini sekitar 1 pagi hari ini yang mana komuniti dalam talian telah menyiarkan artikel yang mendakwa bahawa wanita itu telah diserang secara seksual oleh Kang Hyun.

Dari posting itu dinyatakan “Saya diserang secara seksual di studio Kanghyun di Bupyeong, Incheon, pada musim panas 2018, dan saya tidak mendengar kata-kata permohonan maaf dari Kanghyun sejak kejadian itu. Ia sangat menakutkan dan memalukan untuk melihat dia di TV sebagai mangsa. Keadaan pada masa itu tetap menjadi trauma besar.”

Menurut pemberi maklumat itu, Kang Hyun didenda kira-kira 2 juta won untuk kejadian itu. Pasukan pengeluaran “High School Rapper 4” akan mengedit dan tidak menyiarkan semua video yang berkaitan dengan Kang Hyun, dan juga akan mengambil tindakan ke atas episod pertama yang disiarkan pada hari sebelumnya.

Kongsikan artikel ini