Percaya atau tidak, lebih 50% orang Korea kelihatan awet muda dari usia sebenar mereka. Bukan kerana menjalani pembedahan plastik semata, faktor kehidupan dan pemakan yang diamalkan bangsa Korea juga memainkan peranan penting untuk mereka kekal sihat dan muda.
Sesungguhnya, ramai peminat drama Korea keliru dengan usia sebenar hero-hero Korea. Ramai merasakan hero-hero tertentu masih lagi di usia 30 hingga 4o tahun. Padahal, ada antara mereka sudah pun berusia 50 tahun ke atas.
Istimewa untuk anda, KOREA BUZZ senaraikan 12 aktor Korea yang lahir pada tahun 1970 atau lebih tepat sudah berusia 50 tahun. Hampir kesemua aktor-aktor ini masih lagi menjadi pilihan produser filem dan drama di Korea. Malah, ada antara mereka membawakan watak orang muda. Lebih hebat lagi ada yang mencipta nama di Hollywood.
Oleh kerana itulah juga, ada antara mereka segan apabila peminat memanggil Oppa. Ini kerana, mereka merasakan panggilan ahjussi lebih sesuai dengan mereka. Jom lihat senarai tersebut. Jangan terkejut kalau tahu mereka ini sudah pun berusia 50 tahun.