Tirai 2018 Dibuka Dengan Skandal Cinta 7 Pasang Selebriti Popular Korea

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. SEO IN GUK & PARK BO RAM

 

 

Pelakon dan penyanyi solo, Seo In Guk telah mengumumkan bahawa dia sedang dilamun cinta bersama penyanyi solo, Park Bo Ram. Bakat pasangan ini telah dikesan apabila mereka berdua telah menyertai program nyanyian popular Super Star K musim yang pertama.

 

Pasangan ini telah kantoi bercinta apabila ada pihak menyaksikan pasangan ini keluar berkencan pada Disember 2017 di sebuah lokasi istimewa. Menurut informasi, pasangan ini mula rapat apabila ibu kepada Bo Ram telah meninggal dunia pada Oktober 2017 dan disusuli dengan kematian ayahnda Bo Ram pada tahun yang sama. Kematian kedua ibu bapa Bo Ram membuatkan penyanyi ini berasa begitu kehilangan namun Seo In Guk sentiasa berada di sisi Bo Ram di kala susah dan sedih.

 

Pengorbanan Seo In Guk turut dibalas sama oleh Bo Ram yang mana penyanyi jelita ini tidak pernah lupa tanggungjawab untuk setia di sisi aktor kacak ini. Malah, keikhlasan pasangan ini turut dirasai orang terdekat dua figura popular ini dan agensi aktor ini juga telah mengesahkan bahawa mereka benar-benar pasangan kekasih.

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini