Obses Otot Kekar! 10 Artis KPOP Gemar Berlengeng Tatkala Menyanyi & Menari

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Koreografi tarian dan muzik video yang berkonsepkan tayang badan bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam industri hiburan Korea. Malah, sekarang ini, kesemua artis Korea lebih-lebih lagi artis lelaki seakan-akan berlumba-lumba buat badan untuk mendapatkan otot badan kekar terutama sekali otot perut yang digelar Choco bar oleh peminat KPOP.

Walaupun hampir semua KPOP Idol banyak mendedahkan badan mereka sewaktu persembahan, keselesaan melakukan perkara tersebut tidaklah diperoleh oleh semua pelaku. Difahamkan, ada di antara mereka terpaksa melaksanakannya atas dasar kerja, konsep dan permintaan saja. Padahal mereka sebenarnya malu.


Pun begitu, ada juga yang terlalu obses dengan bina badan seakan tidak kisah dengan mendedahkan badan mereka setiap kali berhadapan dengan peminat. Malah, ada diantara mereka sering saja kemas kini foto terkini dengan keadaan tidak berbaju. Apa yang pasti, perlaksanaan mereka dalam hal ini tidak lagi menjadi suatu perkara yang baru bagi segelintir artis KPOP.

Berkongsi dengan pembaca KOREA BUZZ, berikut adalah 10 artis lelaki yang dikategorikan gemar tayang badan dan kerap berlengeng tatkala menyanyi serta menyanyi di hadapan peminat. Adakah anda menyukai mereka sebab ini?

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse