Netizen Histeria Hero True Beauty Tayang Badan Tapi Ada Aktor Positif COVID19

Peminat drama True Beauty yang diambil dari webtoon popular Korea histeria apabila hero kedua drama ini iaitu Hwang In Yeop telah mendedahkan badannya yang seksi seperti babak asal dalam webtoon yang popular itu.

Babak yang ditonjolkan dalam episod ke lima ini menunjukkan aktres utama iaitu Moon Ga Young tergamam dengan keseksian Hwang In Yeop. Reaksi tersebut bukan saja pada Ga Young, sebaliknya peminat wanita yang menonton drama ini diseluruh negara turut sama histeria sehingga tularnya foto dari episod tersebut.

Bagaimanapun, keterujaan penonton drama ini harus dihentikan seketika apabila salah seorang pelakon True Beauty yang memegang watak sebagai pengetua sekolah telah disahkan positif COVID19.

Aktor yang dimaksudkan ialah Kim Byung Choon. Perkara ini telah disahkan oleh agensi pelakon tersebut kepada pihak MBN pada 22 Disember 2020. Menurut sumber tersebut, produksi drama tersebut dijadualkan mengadakan penggambaran pada 24 Disember bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan apabila aktor ini telah menjalani swap Covid-19 pada 21 Disember dan disahkan positif pada 22 Disember.

Difahamkan, Kim Byung Choon seorang yang sangat berhati-hati dengan sakit ini dan langsung tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi gejala COVID19. Pun begitu, kini dia sudah pun mula kuarantin dan dalam tempoh pemulihan.


Memandangkan telah berlaku, kesemua pekerja agensi dan produksi turut sama menjalani kuarantin dan menjalani ujian swap. Selain True Beauty, pelakon senior ini juga terlibat dengan drama Phoenix 2020. Byung Choon mula terlibat dengan produksi True Beauty pada bulan November.


Menurut laporan YTN, memandangkan dia tidak terlibat dengan mana penggambaran True Beauty pada Disember 2020, berkemungkinan besar tiada krew atau pelakon produksi ini terkena jangkitan. Malah, sumber dari drama Phonenix 2020 turut memaklumkan penggambaran drama tersebut yang melibatkannya sudah pun tamat pada 28 November dan dia langsung tidak ada melawat set lokasi dalam waktu sebelum dia disahkan positif.

Selain itu, agensi pelakon Han Ya Ri telah mengesahkan bahawa dia ada mempunyai hubungi rapat dengan Byung Choon. Oleh itu, dia telah menjalani pemeriksaan COVID19 dan sedang kuarantin serta menanti keputusan.

Kongsikan artikel ini