V BTS Cemburu Choi Woo Sik Keluar Dating Dengan Park Seo Joon Main Golf

Sempena percutian tahun baru cina, aktor kacak bernama Choi Woo Sik dan Park Seo Joon tidak melepaskan peluang tersebut dengan keluar bermain golf bersama.

Perkara itu disahkan apabila foto mereka berdua bermain golf telah dikongsikan di sosial media pada 31 Januari 2022. Foto berkenaan mendapat perhatian ramai dengan kedua-dua mereka menampilkan foto gaya yang sama.

Wajah V BTS Tanpa Solekan

Selepas melihat kemaskini tersebut, aktor idol yang juga sahabat baik kedua pelakon ini iaitu Park Hyung Sik telah meninggalkan komen seperti “Boss, nice Shot”.

Selain dari itu, ahli BTS yang juga kumpulan sahabat baik figura ini pula mendapat perhatian yang mengundang tawa dan jenaka. Dia kelihatan cemburu dengan kedua pelakon tersebut. Komen yang ditinggalkan ialah “LOL, it’s annoying,”


Perbualan mereka sering mendapat perhatian kerana Choi Woo Sik, Park Seo Joon, Park Hyung dan V BTS dikenali sebagai keluarga Wooga dan sentiasa menyambung silaturahim kawan.

Kongsikan artikel ini