Teruk Dimaki Hamun, Lebih 2 Juta Tonton MV Lirik Aku Budak Girl Sampai VAKSIN Dari Produser Buta Dipertikai!

Nama penyanyi baru dari selatan tanahair, Suekhaizar menjadi bualan hangat warganet apabila dia baru saja mengeluarkan lagu baru berjudul Aku Budak Girl. Lagu ini hasil ciptaan sepenuh oleh penyanyi utama One Avenue Band, Reyhan dan produser cacat penglihatan, Mahathir Vai.


Muzik video lirik yang dimuat naik pada 28 Mei 2021 ini mendapat tamparan hebat dengan menerima makian dan cacian dari netizen. Kritikan pedas itu sekaligus membuatkan lagu ini tular di youtube Malaysia dan berada tangga kedua di Malaysia. Lagu tersebut telah mendapat jumlah tontonan lebih 2 juta dengan lebih 400 ribu komen.

Kredibiliti penyanyi ini sangat teruk dihentam terutama sekali cara nyanyiannya. Ada komen jahat mengatakan lagu ini sesuai dipanggil aku seekor kambing. Malah, ada juga mengkategorikan pelantun lagu tersebut sebagai orang cantik tak semestinya bijak dan bersuara sedap.


Dalam pada ramai mengutuk suara penyanyi ini, ada juga meninggalkan komen dengan mengatakan sampai hati ada orang buat lagu macam ini. Komen tersebut ternyata ditujukan buat komposer dan terutama sekali produser ini.

Mengenali produser ini, dia pernah menghasilkan banyak lagu yang bermutu tinggi seperti lagu One Avenue Band berjudul Kisah Antara Kita yang juga tular dan menjadi siulan. Namun, impak penularan lagu tersebut lebih positif berbanding negatif untuk lagu Aku Budak Girl ini.

Mahathir Vai

Lebih mengejutkan, sebelum lagu ini, produser ini telah berjaya mencipta lagu baru yang sedap berjudul Vaksin yang dinyanyikan penyanyi yang dilatih di Korea iaitu Hyunmin-A. Namun, sambutan lagu tersebut tidak tular seperti lagu Aku Budak Girl.


Dari segi ini, segelintir peminat membuat perbandingan antara AKU BUDAK GIRL dan VAKSIN. Hasil dari perbandingan itu, mungkin jua inilah jawapan selera sebenar masyarakat tempatan terhadap muzik. Ada yang lagi pelik, kenapa produser sama tapi kualiti lagu amat berbeza? Mungkin anda boleh mencari jawapan sendiri selepas mendengarkan kedua-kedua lagu dari Mahathir Vai.