Kulit Muka Bermasalah, Wajah Tanpa Solek 26 Idola KPOP Lelaki Jadi Bahan Kutuk & Kerisauan Netizen

Prev1 of 27
Use your ← → (arrow) keys to browse

Makin hari semakin ramai anti lelaki Korea terutama bintang KPOP lelaki apabila lebih ramai wanita seluruh dunia menyukai dan memuja mereka. Malah, ramai fanatik KPOP sangat sensitif dan majoriti mereka menyukai bintang-bintang ini bukan hanya kerana bakat tetapi fizikal dan rupa yang menawan.

Justeru itu, perhatian terhadap lelaki Korea yang digelar Oppa ini turut mendapat perhatian barisan pembenci KPOP. Terbaru, foto-foto bintang KPOP lelaki yang dipuja kerana kekacakan menjadi bahan lawak segelintir pihak apabila foto mereka tanpa mengenakan sebarang calitan solekan menjadi tular.

Kebanyakan foto itu menampilkan perbezaan wajah ketara artis Korea ini. Dalam pada terkejut dengan perbezaan tersebut, ada juga yang kagum kerana sebilangan besar mereka mempunyai rupa paras yang serba sempurna tanpa solekan.

Selain menjadi bahan kutukan golongan yang tidak bertanggungjawab atau cemburu, beberapa foto tersebut mengundang kerisauan ramai peminat figura lelaki itu. Ini kerana, foto tersebut memaparkan wajah lesu, kusam, berjeragat dan berjerawat yang sangat ketara.

Dari sini timbul syak bahawa kulit wajah idola lelaki ini  bermasalah kerana rutin harian mereka yang wajib memakai solekan. Sama ada wajar peminat risau atau pembenci kutuk, KOREA BUZZ lampirkan 26 foto tersebut yang melibatkan bintang ternama BTS, EXO, SEVENTEEN, GOT7, NCT dan banyak lagi.

Jangan terkejut jikalau jejaka Korea idaman anda berwajah seperti yang tidak disangka.  

Prev1 of 27
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini