Wajib Tahu 10 Rahsia Park Bogum Yang Dibongkar Orang Korea

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Nama Park Bogum begitu besar dan populariti yang dikecapinya kini sama taraf dengan bintang Korea yang lebih senior dari dirinya seperti Lee Minho, So Jisub, Song Jung Ki dan ramai lagi. Malah, acapkali yang dibuat Bogum sering saja mendapat perhatian bukan saja drama lakonannya tetapi aktiviti yang melibatkan turut sama tular di Korea dan luar negara.

 

 

 

 

Pernah digelar Prince Of Korea dan kini digelar National Boyfriend oleh peminat Korea, Bogum sebenarnya anak bongsu dari 3 beradik dan sudah hidup tanpa ibu sejak kecil lagi. Melihat latar belakangnya, Bogum pernah muflis dan bangkit serta terus menyinar sejak mula aktif dalam dunia hiburan sejak 2015.

 

Pada tanggal 30 Mac ini, Bogum bakal hadir ke Malaysia untuk kali keduanya bagi menghargai dan bertemu peminat di Malaysia. Apa yang pasti, ketika kali pertama Bogum hadir ke Malaysia iaitu pada Mac 2016, Bogum tular di Malaysia dengan berpakaian Baju Melayu dan menjadi bualan warganegara kerana meraih sebuah anugerah anjuran program hiburan popular di Ibu Kota.

 

Bagi anda yang bakal berjumpa dengan Bogum pada 30 Mac ini, EH! KOREA BUZZ dedahkan 10 Rahsia figura kacak ini yang telah didedahkan oleh orang Korea. Pendedahan ini menjadi penyebab Bogum menjadi sangat popular di Korea dan luar negara. Sila lihat di sebelah.

 

Sementara itu, peluang untuk anda berjumpa masih lagi terbuka. Sila klik di sini untuk ketahui cara mudah untuk anda berjumpa dengannya pada 30 Mac 2019 di KLCC. Cepat, tempat adalah terhad.

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini