Wonho Jual Bakat Ke Body? Bekas Monsta X Update Foto Separuh Bogel Atas Ranjang

Bekas ahli kumpulan Monsta X, Wonho yang mengambil keputusan mengundur dari dari kumpulan tersebut kerana terpalit dengan isu kontroversi kini tampil sebagai artis solo. Namun, kelibat Wonho sering saja mendapat perhatian wanita kerana dia dikenali dengan imej seksi sejak dia dengan Monsta X lagi.

Walau bagaimanapun, obsesi Wonho yang sering tayang badan menimbulkan tanda tanya adakah figura ini sengaja berbuat demikian untuk mendapat perhatian netizen? Terutama sekali mereka yang sukakan lelaki berotot.

foto yang bikin ramai tak senang duduk.


Selepas senyap dari mengemas kini status dan foto di laman instagram miliknya, Wonho mencetuskan kejutan apabila mempamerkan foto separuh bogel dirinya di atas ranjang.

Dengan hanya menutup bahagian alat sulit dengan selimut, Wonho sempat bertanya foto yang mana satu disukai ramai. Walaupun peminatnya sudah maklum Wonho memang berperangai suka tayang badannya yang kekar, ramai pengikutnya seperti tak senang duduk melihat foto berkenaan.


Malah, pelbagai reaksi dan komen diberikan kepadanya. Apa sekalipun, jika anda perhatikan kesemua foto Wonho sepanjang bergelar bintang KPOP dari mula hingga kini, pasti anda sudah terbiasa dengan perangai Wonho.

Mungkin inilah strategi pemasaran yang dijalankan Wonho supaya namanya terus mekar dan kekal dalam industri hiburan Korea. Siapa setuju?

Kongsikan artikel ini