World Wide Handsome Bebas 10 Hari lagi, Army Dapat Peluk Jin Selama 3 Jam!

Ahli BTS yang pertama mengikuti khidmat ketenteraan, Jin BTS atau nama sebenarnya Kim Seok Jin dilaporkan bakal bertemu peminat sehari selepas dia tamat khidmat ketenteraan.

Perkara ini telah disahkan oleh pengurusan Jin yang dikenali sebagai World Wide Handsome oleh peminat antarabangsa. Menurut sumber, Jin akan mengadakan persembahan pada Sabtu, 13 Jun 2024.

Fans meeting ini juga bersempena meraikan debut BTS dengan berkonsepkan Light Hugs. Sesi pertama ini akan dimulai dengan sesi peluk ringan bersama Jin. Ia akan berlangsung selama tiga jam.

Manakala, pada sesi kedua, Jin akan mengadakan persembahan. Army yang tidak berada di Korea boleh menonton acara ini secara atas talian di beberapa platform seperti Weverse dan ia khusus untuk ahli Army saja.

Kongsikan artikel ini