10 Fakta Bodyguard Presiden Baru Korea Yang Tular

Selepas Korea Selatan menerima perlantikan Presiden baru dalam pilihanraya baru-baru ini, jejaka tinggi lampai dan kacak persis aktor Korea iaitu Choi Yeong Jae terus menjadi tular.

 

FOTO SUMBER NAVER

Difahamkan, jejaka yang berusia 36 tahun ini adalah pengawal Peribadi kepada Presiden Baru Korea iaitu Moon Jae In. Menariknya, lensa kamera atau paparazi terus memburu kelibat beliau setiap kali muncul di khalayak ramai bersama Presiden Korea.  Selain media tempatan, Choi juga menjadi perhatian media antarabangsa. Malah, foto-foto Choi disebar satu persatu di laman sosial. Jom ikuti lebih dekat figura yang menjadi kegilaan ramai wanita ini.

 

PROFIL

Nama Penuh: Choi Yeong Jae
Umur: 36 tahun
Status: Berkahwin
Anak: 2 orang anak perempuan

 

FOTO SUMBER NAVER

 

1-Suami kepada Guru TOEIC yang terkenal di sebuah sekolah ternama di Korea Selatan.

 

2- Selepas tular, wajah dan karaktor Yeong Jae disamakan seperti pelakon Hollywood terkenal iaitu Kevin Costner yang membawa watak sebagai Body Guard dalam filem yang menampilkan mendiang Whitney Houston sebagai teraju utama.

 

3-Ketinggian dan wajahnya bak pelakon Korea seperti So Ji Sub dan Hyunbin. Manakala  beliau miliki susuk tubuh badan yang kekar, seksi dan menarik.

 

4- Beliau hanyalah pengawal peribadi sukarela kepada Presiden Korea iaitu Moon Jae In  ketika kempen pilihan raya Korea Selatan, baru-baru ini.

 

5- Ketika menjadi penuntut Universiti Yong In, dia telah bertugas selama 10 tahun sebagai Pegawai Pasukan. Beliau juga bertugas sebagai Pengajar Ranger dari bahagian Keganasan. Dia adalah penuntut dalam bidang keselamatan.

 


6- Berjawatan sebagai Pengawal VIP Altitud Tinggi Ketika di pusatkan di Lubnan dan menjadi guru di United Arab Emirates. Beliau turut ditugaskan ke Lubnan dan United Arab Emirates sebagai anggota pasukan pengaman PBB serta menjadi tenagar pengajar dan melaksanakan kempen berkaitan keganasan, perlindungan VIP dan misi sulit.

 

 

7 -Tatkala ini, beliau seorang usahawan dan sedang mengambil cuti rehat dalam perniagaan hanya semata-mata mahu menjalankan tugas sebagai bodyguard kepada Presiden Korea.

 

 

8- Berasa malu kerana menjadi perhatian ramai secara mendadak dan merasakan populariti yang diperolehinya itu perlu diberikan kepada presiden baru Korea Selatan.

 

 

9-Choi mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perniagaan dan pengalaman unik. Malah, dia dilaporkan pernah bekerja sebagai Hairdresser di sebuah salon, bagaimanapun ianya masih belum disahkan lagi samada foto yang tersebar itu dirinya atau pun pelanduk dua serupa.

 

 

10- Kerana kesibukan kerja, dia tidak mempunyai masa untuk anak-anaknya. Kini dia mengambil masa yang panjang untuk bercuti bersama anak-anak sebelum sambung kerjaya sebagai usahawan.

Kongsikan artikel ini