10 Figura Paling Berpengaruh Di Korea Kerana Video Tular, Adakah Anda Kenal?

Mereka bukanlah bintang K-POP dan bukannya pelakon drama Korea, sebaliknya mereka adalah orang Korea yang mempunyai pengaruh dan pengikut paling ramai di laman Youtube. Impak video yang dimuat naik mereka yang kini dikenali Youtubers sememangnya mempengaruhi ramai orang bukan saja di Korea tetapi di beberapa negara luar.

 

 

Melihat status mereka, ada juga yang sudah berubah dan menjalani kehidupan seperti bintang K-POP dan Hallyu. Difahamkan, walaupun mereka sekadar Youtubers, mereka juga telah ditandatangani beberapa syarikat hiburan terbesar di Korea. Apa yang pasti, ada juga diantara mereka pernah berkunjung ke Malaysia dan menjadi pujaan ramai kerana wajah tampan dan jelita serta bertubuh seksi.

 

 

EH! KOREA BUZZ lampirkan anda serba sedikit mengenai Youtubers ini. Siapa tahu selepas ini anda boleh menjadi pengikut setia mereka. Yelah, ada juga di antara mereka menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk penonton setia. Apa yang pasti, isi kandung video yang dimuat naik bukan saja menghiburkan tetapi penuh dengan informasi.

 

5 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Saluran Youtube: Pony Syndrome
Subscribers: 5, 033,201
Nama wanita ini sudah sebaris dengan make up artis terkenal di Korea. Bakat luar biasa Pony dalam bidang solekan begitu menakjubkan, Pony sering saja membuat tutorial make up berkaitan Idola K-POP  dan bintang Hallyu. Malah, dia juga turut membuat tutorial solekan antarabangsa. Ramai wanita suka dengan cara solekan Pony. Populariti Pony telah membuatkan dirinya mempunyai sebuah program TV solekan sendiri. Malah, Pony juga sering menjadi ahli panel kecantikan dan solekan untuk banyak acara di Korea.

5 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini