16 Artis Korea Termasuk Jonghyun SHINEE Tercalon, V BTS Lelaki Terkacak Dunia 2017

Pengumuman 100 Lelaki Paling Kacak Dunia 2017 yang dibuat oleh pihak The Annual Independent Critic List 2017 iaitu TC Candler telah mengejutkan dunia seni hiburan Korea apabila ahli kumpulan BTS, V atau nama sebenarnya Kim Tae Hyung telah berada ditangga pertama.

 

Pemilihan V sebagai lelaki paling kacak 2017 membuktikan penerimaan ramai terhadap lelaki wajah jambu.

 

Keputusan yang telah dibuat itu sekaligus menobatkan V yang berwajah jambu sebagai lelaki paling kacak di dunia dengan mengalahkan bintang Hollywood dan Bollywood yang turut tercalon seperti Brad Pitt, Leonardo Dicaprio, Zac Efron, Christiano Ronaldo, David Beckham dan Hrithik Roshan.

 

Sehun EXO berada di tangga ke-9.

Selain V, dua lagi ahli BTS iaitu Jimin dan Jungkook turut tersenarai yang mana Jimin berada di kedudukan 64 manakala Jungkook pula kedudukan ke 13. Ahli kumpulan EXO, Sehun pula berada di kedudukan 10 teratas yang membawakan dirinya ditangga ke 9.

 

Mendiang Jonghyun SHINEE turut tercalon di kedudukan 27.

 

Dalam kejutan itu, peminat hiburan Korea turut bersedih apabila mendiang Jonghyun dari kumpulan Shinee turut tercalon dan berada ditangga ke 27. Keseluruhan keputusan tersebut membuatkan ramai lelaki di Korea merasa bangga kerana 16 bintang Korea tersenarai bersama barisan aktor dan model terkenal di dunia.

 

Artis baru Korea, Matthew dari kumpulan Kard dikedudukan ke 47.

 

Bintang Korea yang tersenarai ialah Taeyang, Nam Joo Hyuk, Jackson GOT7. Kai EXO, Choi Siwon Super Junior, Big Matthew Kard, Mingyu, Mark Tuan GOT7, Won Woo, Lee Min Ho dan Taeyong NCT. EH! KOREA BUZZ merakamkan jutaan tahniah dan semoga keputusan ini memberikan impak positif terhadap lelaki di Korea.

 

Pelakon dan model Korea, Nam Joo Hyuk berada dikedudukan ke 23.

 

Untuk mengetahui keputusan penuh dan kedudukan bintang Korea ini, anda bolehlah menonton video di bawah ini.

 

Kongsikan artikel ini