Use your ← → (arrow) keys to browse
Pelakon terkenal Sung Hoon yang baru saja memenangi anugerah menerusi lakonannya dalam drama Five Children membuat kejutan buat peminatnya baru-baru ini apabila baru saja menandatangani kontrak sebagai juru cakap untuk jenama seluar dalam terkenal bagi pasaran Korea dan antarabangsa.
Bagaimanapun, tindakan pelakon kacak dan tinggi lampai ini bukanlah satu perkara baru kerana sebelum mencipta nama sebagai pelakon, dia merupakan model terkenal. Malah, dia bukanlah aktor Korea pertama di Korea menerima tawaran dari jenama pakaian dalam.
Kebanyakkan selebriti di Korea tidak mengumumkan secara rasmi mereka menandatangani kontrak sebagai duta jenama berkenaan. Sebaliknya, mereka lebih selesa memperagakan pakaian tersebut untuk sesi fotografi majalah terkenal, babak dalam drama atau filem serta promosi terbaru album mereka.
Istimewa buat anda, EH!Korea Buzz senaraikan 20 Selebriti Korea Lelaki dan Wanita yang pernah menjadi model bikini dan seluar dalam. Jom Lihat siapakah dia