Panggilan Pulau! 6 Spot Terbaik Untuk Ambil Gambar Di Pulau Jeju

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pulau Jeju adalah destinasi terbaik di Korea Selatan bagi pelancong antarabangsa. Malah, masyarakat Korea juga memilih Pulau Jeju sebagai lokasi yang paling sesuai untuk menenteramkan jiwa. Jadi, tidak hairanlah jua, Pulau Jeju dikenali sebagai Pulau Bulan Madu atau pulang paling romantik sesuai dikunjungi oleh pasangan bercinta.

Namun, ia bukan bermakna Pulau Jeju tidak sesuai dikunjungi golongan bujang dan kanak-kanak. Apa yang pasti, Pulau Jeju kini menjadi destinasi terbaik bagi golongan yang suka merakamkan foto dan video untuk aplikasi seperti Instagram atau sebagainya.

Walaupun sudah berkunjung banyak kali ke Pulau Jeju, ramai pasti mengulangi untuk datang ke sini kerana daya tarikan pemandangan yang cantik dan berubah pada setiap musim. Istimewa buat pembaca Korea Buzz, berikut adalah enam lokasi paling popular di Pulau Jeju buat yang gemar untuk merakam memori indah. Anda pasti macam model jika bergambar di Kawasan ini.

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini