Lakonan Hebat, 13 Aktor Korea Ini Handal Menyanyi & Punya Lagu Sendiri Yang Popular!

Prev1 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tidak menjadi kejutan apabila pelakon Korea yang asalnya penyanyi atau bintang KPOP boleh menyanyi. Namun, ia bakal menjadi berita tergempar apabila aktor yang tiada latar belakang sebagai penyanyi boleh menyanyi dengan baik sekali sehebat penyanyi sebenar. Hakikatnya, ramai pelakon Korea yang sebenarnya memang handal digelanggang nyanyian yang ramai tidak diketahui.

Malah, sebilangan mereka ini sebenarnya banyak menyanyi lagu runut bunyi untuk drama atau filem lakonannya sendiri. Lebih menarik lagi, ada juga lagu yang dinyanyikan mereka sangat popular dan menjadi siulan ramai. Tambah menarik lagi, ada juga yang aktif melahirkan album single apabila lagu nyanyian mereka mendapat sambutan luar biasa.

Atas dasar itu juga, tidak hairanlah, ramai pelakon Korea bakal menunjukkan kehebatan menyanyi apabila melalukan sesi jelajah bertemu dengan peminat. Ada juga yang boleh menari persis bintang KPOP hebat. Siapakah mereka? Jawapannya di sini.

Prev1 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse