Macam tak caye je, Ini 10 Aktor Korea Yang Paling Kecil & Rendah Secomel Ayam Katek!

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dalam industri lakonan di Korea, pelakon lelaki yang mempunyai ketinggian di bawah 175 sentimeter di kira sebagai lelaki yang rendah dan kecil. Ini kerana, selain dari lakonan dan wajah, syarat utama untuk menjadi tunjang untuk sesebuah drama dan filem korea adalah ketinggian melebihi 180 sm bagi lelaki.

Namun, industri lakonan Korea sedikit berubah apabila mengambil pelakon lelaki dari golongan bintang KPOP. Majoriti bintang KPOP lelaki mempunyai ketinggian di antara 175sm sehinggalah 180 sm. Atas dasar itu, tidak hairanlah anda boleh melihat beberapa drama menggunakan khidmat pelakon yang mempunyai ketinggian sama seperti bintang KPOP.

Apa sekalipun, ramai tertipu dengan teknik penggambaran yang digunakan pihak produksi Korea terhadap ketinggian pelakon lelaki. Malah, susuk tubuh yang seksi dan berotot membuatkan lebih ramai menyangka beberapa aktor Korea ini tinggi. Hakikatnya, ada diantara mereka tidak melebihi 175sm.

Istimewa buat peminat industri lakonan Korea terutama sekali drama Korea, KOREA BUZZ hidangkan anda 10 aktor Korea yang bukan berasal dari bintang KPOP dengan ketinggian bawah 175sm. Jangan terkejut apabila anda ketahui sebenarnya aktor popular ini adalah yang paling kecil dan rendah di Korea.

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini