Aktor Rakam Video Seks Curang Secara Haram, Teman Wanita Pula Sebarkan Foto Sebab Geram!

Pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap seorang pelakon pembantu kerana merakam video seks secara haram. Video yang dirakam itu telah disebarkan di laman internet oleh kekasih pelakon berkenaan.

Menurut komuniti undang-undang pada 9 Julai 2021, Mahkamah Daerah Pusat Seoul menjatuhkan hukuman ke atas aktor yang didakwa melanggar  melanggar Akta Khas Mengenai Hukuman Jenayah Keganasan Seksual, kepada satu tahun penjara dan dua tahun dalam tempoh percubaan. Ia juga mengekalkan perintah 200 jam perkhidmatan masyarakat, 40 jam kuliah mengenai rawatan keganasan seksual, dan sekatan tiga tahun ke atas pekerjaan di institusi yang berkaitan dengan kanak-kanak dan remaja dan kemudahan kebajikan untuk golongan OKU.

Foto hiasan PEXELS

Teman wanitanya juga telah dijatuhi hukuman atas tuduhan melanggar undang-undang menyebarkan maklumat tersebut ke rangkaian komunikasi dengan dijatuhi hukuman satu tahun penjara dan dua tahun percubaan.

Pada 2019, aktor ini telah menyamar sebagai ketua uji bakat dan telah merakam video seksnya dengan wanita secara haram. Apabila teman wanita dapat tahu dia melakukan seks dengan wanita lain, dia telah membocorkan video tersebut di ruangan chat laman sosial.

FOTO HIASAN PEXELS


Aktor ini merupakan pelakon pembantu untuk sebuah filem berkonsep jenayah yang telah ditayangkan pada tahun lalu. Selepas dia didapati bersalah, produksi filem berkenaan telah memadam babak yang berkaitannya.

Kedua-dua pasangan ini telah dijatuhi hukuman penjara selama setahun dalam tempoh dua tahu percubaan.

FOTO HIASAN PEXELS


“Kami mengambil kira keterangan aktor ini yang mengakui melakukan jenayah itu dan beberapa foto mangsa tidak disebarkan olehnya. Foto berkenaan telah disebarkan oleh teman wanitanya tetapi telah dipadamkan selepas seminit disebarkan,” kata mahkamah.


Kongsikan artikel ini