Diganggu Lelaki Misteri, Alan Chua Sudah Buat Laporan Polis Tapi…

Peserta pertandingan Altitude World Supermodel Malaysia 21/22, Alan Chua yang memegang nombor Muse 11 mengejutkan para peserta dan penganjur apabila menerima komen berbau negatif di semua laman sosial rasmi AWSM Malaysia.

Komen-komen tersebut dari seorang lelaki Misteri yang seakan mengetahui rahsia besar Alan. Dari kesemua komen tersebut, lelaki ini dilihat seakan cemburu atau pun menagih hutang dari Alan yang baru saja menyertai AWSM Malaysia pada minggu kedua Yantera dari MYS Studio.

Bagaimanapun, gangguan ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Alan. Difahamkan, lelaki tersebut dikenali oleh figura kacak ini dan tidak serik mengganggu Alan. Malah, dia dikhabarkan sering memberikan mesej yang tidak elok kepada Alan.

Alan juga dikatakan sudah pun bersemuka dengan lelaki ini dan memberikan amaran. Namun, amaran tersebut seakan tidak diendah lelaki berkenaan. Demi keselamatan Alan sudah pun membuat laporan polis. Sungguhpun ia sudah lama bagi Alan, lelaki ini seakan bangkit semula mengacau Alan dengan menyebarkan fitnah di laman sosial berkaitan AWSM Malaysia.

Malah, National Director Korea & Malaysia, Hyunmin-A turut menerima kiriman mesej dari lelaki tersebut yang seakan tidak bersetuju Alan menyertai Altitude World Supermodel Malaysia. Apa yang pasti, perkara tersebut sedikit sebanyak telah mengganggu  cabaran Alan yang bertungkus lumus mahu mewakili Malaysia di peringkat global nanti.

Bagi pihak yang mengenali lelaki misteri ini, diminta agar menasihati lelaki berkenaan sebelum tindakan undang-undang yang lebih berat dikenakan terhadap dirinya. Jika benar Alan bermasalah, tampil ke mahkamah dan buktikan kata-kata tersebut.

Dalam pada itu, mungkinkah lelaki ini berkenan dengan Alan memandangkan dia meletakan status mencari teman lelaki?


Kongsikan artikel ini