Daftar Cepat! Kontrak RM200K Menanti Lelaki Malaysia Di MY AWSM Ke Peringkat Global!

Ini bukan propaganda tetapi satu kepastian buat kaum adam di Malaysia. Kontrak bernilai RM200K selama setahun ini turut sama ditawarkan buat peserta Altitude World Supermodel Malaysia 2021 (MY AWSM)seperti mana yang telah diterima pemenang AWSM Korea iaitu Paul An.

Bagaimanapun, tawaran ini diberikan kepada peserta yang layak dengan menerima gelaran FACE OF ANAS ABDULLAH edisi Malaysia. Pun begitu, bagi mendapatkan tawaran dan gelaran ini, lelaki tersebut perlulah menjalani ujian dan cabaran yang diberikan pihak penganjur yang direncanakan bakal bermula pada NOV 2021 dan berakhir pada Disember 2021.

Perkara ini turut disahkan sendiri juri MY AWSM 2021 yang juga pereka fesyen terkenal tanahair, Dato’ Sri Anas Abdullah.

“Ya, saya akan berikan tawaran yang sama buat peserta dari Malaysia. Namun, lelaki berkenaan haruslah benar-benar layak dan capai piawaian yang ditetapkan. Sebagai contoh pemenang AWSM Korea iaitu Paul An yang bukan saja menang pertandingan tersebut tetapi dipersetujui layak menerima gelaran dan kontrak berkenaan,” jelasnya.


Dalam pada itu, ramai lelaki di Malaysia berasa takut dan memberi alasan tidak bersedia apabila dicadangkan untuk menyertai pertandingan tersebut. Ada juga yang salah faham dengan memikirkan pertandingan ini hanya untuk model saja. Walhal ia terbuka kepada lelaki warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan status bujang. yang bergelar doktor, cikgu, Kerani, pelajar dan macam-macam lagi.

Walaupun syarat utama MY AWSM dibukan hanya untuk lelaki bujang Malaysia yang berketinggian 180 sm ke atas, pihak penganjur masih lagi memberi peluang kepada lelaki yang di bawah 180sm untuk mencuba nasib. Apatah lagi lelaki yang berkeyakinan diri dan mahu menggunakan platform ini sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih baik.

Pada penganjuran AWSM Korea yang bermula Julai sehingga September 2021, salah seorang peserta TOP 10 hanya berketinggian 178 sm. Dia diberikan peluang kerana berjaya membuktikan layak dan lulus pendaftaran. Malah, kedudukannya di TOP10 membuatkan dirinya kini selesa menjadi model yang dikenali di Korea.

Oleh itu, kepada lelaki Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar diri anda di sini sekarang. Siapa tahu, anda berjaya mengharumkan nama Malaysia ke persada di dunia yang akan dianjurkan di Bangkok, Thailand pada Mac 2022. MY AWSM masih mengekalkan tiga juri dari AWSM Korea iaitu Dato Sri Anas Abdullah, Marini Mat Zain dan Emel Ismail. MY AWSM juga akan melibatkan juri antarabangsa yang akan diumumkan kelak.

Cepat, sebarkan berita gembira ini. Hanya dengan mendaftar diri di borang rasmi yang telah disediakan saja. Semoga percubaan anda menjadi! Hantarkan penyertaan anda sebeum 31 Oktober 2021.

 

Kongsikan artikel ini