Ugut Sebar Foto Bogel, Anak Beranak Minta Wang Tebusan RM367ribu Dari 5 Wanita Ditahan!

Sepasang anak dan ibu telah ditahan bersama kerana meminta wang berjumlah RM367ribu dari lima wanita yang diugut akan menyebarkan foto bogel mereka sebagai syarat cagaran untuk pinjaman.

Pihak agensi polis telah mengesahkan pada 10 Jun bahawa ibu yang berusia 44 tahun itu dan anak lelakinya yang berusia 19 tahun telah melakukah jenayah seks dengan memeras ugut mangsa.

Mereka disyaki menjalankan sesi kaunseling di internet khusus buat wanita membuat pinjaman bermula dari Mac hingga pertengahan Mei. Mereka telah menerima banyak foto bogel dari lima wanita yang mahukan wang kecemasan dengan menggunakan sebagai umpan bernilai RM367 ribu.

Pasangan anak beranak ini telah mempromosikan perkhidmatan mereka di Facebook dengan menulis wang pinjaman khusus buat wanita. Mereka dikatakan telah meminta foto dan video yang menayangkan buah dada. Ia dikatakan syarat untuk mendapatkan pinjaman bernilai RM16 ribu.

Foto hiasan Alta Club

Mereka berdua difahamkan telah merubah perangai selepas menerima foto dan video berkenaan dari mangsa wanita. Malah, mereka telah mengugut 5 wanita tersebut dengan wang tebusan sebanyak RM370 ribu.

Dalam pada itu, salah seorang mangsa yang tidak mempunyai wang, mereka mengugut untuk menyebarkan rakaman suara pula.

Pihak polis telah menyiasat dan mendapati pada 23 Mei lalu selepas menerima laporan dari mangsa. Budak lelaki tersebut telah ditahan di salah sebuah cafe internet di daerah yang sama pada 4 Jun. Manakala ibunya pula ditahan pada 7 Jun di motel berdekatan.

Siasatan mendapati ada seorang lagi penjenayah yang terlibat tetapi berada di daerah yang lain.

Kongsikan artikel ini