Cantiknya! Lee Dong Gook Terkesima Lihat Kejelitaan Anak Dara Sendiri

Apakah reaksi seorang bapa melihat anak gadis memakai gaun cantik? Itulah soalan yang dituju khas buat pemain bola sepak Korea, Lee Dong Gook yang kini popular sebagai personaliti TV bersama anak-anaknya.

Menerusi sebuah program TV yang ditayangkan pada 4 Februari 2021, Lee Dong Guk dan anaknya Jaesi telah berkongsi persediaan untuk menghadiri anugerah KBS yang dianjurkan pada hujung tahun 2020.

Bagi menghadiri majlis tersebut,  Jaesi telah merubah stail rambut dan berdandan. Ternyata, sebagai seorang bapa yang sering bersama anaknya setiap masa, Lee Dong Gook terkejut melihat kecantikan dan pesona anaknya dengan dandanan dan gaun labuh tersebut.

Sebaik saja melihat puteri sulungnya itu, mata Lee Dong Gook terbeliak dan tidak berkelip sambil berkata puteriku seperti wanita dewasa. Malam tersebut, Dong Gook juga nampak kacak dengan mengenakan Tuksedo. Anak dan bapa ini menghabiskan masa bersama dengan mengambil gambar dan berkongsi kepada ibunya.

Dalam pada itu, sebilangan netizen tidak lagi terkejut dengan kecantikan anaknya itu. Difahamkan, anaknya itu adalah salah seorang model baru yang meningkat naik. Malah, kecantikan Jaesi sering dipuji di laman instagramnya itu. Inilah kombinasi kekacakan bintang bola sepak dan bekas Miss Korea.

Untuk melihat reaksi sepenuhnya, anda boleh menonton sendiri video tersebut di sini.

Kongsikan artikel ini