Bimbing Bakat Korea Sehingga Jadi Juara, 3 Kali Anak Malaysia Harumkan Nama Korea. Giliran Siapa Pula Selepas Ini?

Kemenangan wakil dari Korea, Paul An dalam pertandingan peringkat antarabangsa, Altitude World Supermodel (AWS 2002) mencipta rekod baru bukan saja untuk Korea. Sebaliknya, ia adalah kejayaan kali ketiga anak Malaysia bernama Hyunmin-A melatih dan membuatkan bakat dari Korea menjadi juara pertandingan peringkat antarabangsa.

Putra Paul An

Juara AWS 2022, Paul An yang dibimbing National Director Hyunmin-A turut mengakui bahawa figura asal Johor yang pernah mengorak langkah di Korea banyak membimbingnya untuk bergelar juara. Kejayaan Hyunmin-A membantu bakat Korea jadi juara dimulai pada tahun 2018 yang mana dia telah membawa model dari Korea, Min Kyu untuk menyertai pertandingan model di Malaysia.

Min Kyu

Min Kyu bukan saja berjaya menjadi juara, dia juga turut bergelar Mister Langkawi 18/19. Kejayaan Hyunmin-A terus terlakar apabila dia membawa penyanyi dari Korea iaitu Jang Han Byul untuk menyertai pertandingan nyanyian Big Stage musim kedua.


Han Byul mencipta satu fenomena baru hasil resipi Hyunmin-A yang bijak mengatur langkah buat Han Byul yang kini namanya terpahat dan popular dalam industri hiburan Malaysia. Terbaru, sudah pasti Paul An yang menjadi juara AWS 2022.

Selain Paul An, Hyunmin-A juga berjaya membimbing model baru dari Malaysia bernama Justin Ho untuk memenangi kategori TOP Commercial Model dalam pertandingan AWS 2022.

Hyunmin-A

Sesungguhnya pihak editorial KOREA BUZZ cukup berbangga dengan pencapaian Hyunmin-A yang mana dia juga merupakan pengasas Korea Buzz. Siapakah bakat baru dari Korea yang bakal di bimbing oleh Hyunmin-A?

Jika anda berminat, anda bolehlah menghubungi Hyunmin-A di laman instagram peribadinya. Siapa tahu, anda bakal dipilih Hyunmin-A untuk menjadi juara baru pertandingan peringkat antarabangsa.

 

Kongsikan artikel ini