Anak 3 Tahun Sendirian Di Rumah Mati Sebab Ibu Pergi Jumpa Kekasihnya!

Wanita 30-an yang meninggalkan anaknya berusia 3 tahun seorang diri di rumah selama tiga hari telah ditangkap polis.


Pasukan Siasatan Wanita dan Belia Agensi Polis Metropolitan Incheon memaklumkan  pada 9 Ogos bahawa polis telah menahan seorang wanita berusia dalam 30-an atas tuduhan penderaan kanak-kanak sehingga mati dan pengabaian kanak-kanak biasa di bawah Akta Kebajikan Kanak-kanak.

FOTO HIASAN PEXELS

Wanita itu disyaki meninggalkan anak perempuan kandungnya yang berumur 3 tahun bersendirian dan membunuhnya di sebuah vila di Namdong-gu, Incheon.

Ibu tersebut telah ditangkap oleh polis yang melaksanakan siasatan pada jam 3:40 petang. Pada 7 Ogos, ada pihak melaporkan kepada 119 bahawa kanak-kanak itu tidak bernafas.

Hasil siasatan mengesahkan ibu tunggal itu telah tinggalkan anaknya tanpa makanan dan air sehingga menyebabkan mati.

Ibu tunggal itu didapati telah keluar untuk bertemu teman lelakinya  yang mana dia dilaporkan sedang hamil anak teman lelakinya itu.

FOTO HIASAN PEXELS


Pihak polis percaya bahawa dia telah meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan. Tiada tiada laporan sebelum ini difailkan polis berhubung pertuduhan berkaitan penderaan kanak-kanak.

Polis meminta Perkhidmatan Forensik Kebangsaan menjalankan autopsi untuk menentukan punca kematian kanak-kanak itu. Keputusan autopsi akan dikeluarkan pada sebelah petang nanti.

“Setakat ini, penderaan yang disebabkan oleh serangan itu belum disahkan,” Punca sebenar kematian akan disahkan melalui autopsi oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan, dan tempoh pengabaian sedang dalam siasatan,” kata wakil Polis.

Kongsikan artikel ini