Tahniah! Taeyang Dapat Putera Sulong Selepas 3 Tahun Berkahwin Dengan Min Hyo Rin

Bintang KPOP dari kumpulan Big Bang, Taeyang dilaporkan telah dikurniakan cahaya mata sulung selepas melayari bahtera perkahwinan dengan pelakon Min Hyo Rin selama tiga tahun.

Taeyang, 33 atau nama sebenarnya Dong Bae dan isterinya, Min Hyo Rin, 35 atau nama sebenarnya Jung Eun Ran kini secara sah bergelar ibu dan ayah.

Pengumuman ini telah dilaksanakan YG Entertainment pada 6 Disember 2021.
Pasangan ini mula dihidu bercinta pada 2014 apabila aktres ini muncul dalam muzik video Taeyang iaitu 1 AM. Kemudian, pada Jun 2015, satu dunia tahu mereka bercinta apabila mereka mengesahkan hubungan mereka.

Mereka berkahwin pada Februari 2018. Sejak dari itu, ramai menunggu berita gembira ini dan mereka sering menerima kiriman tahniah dan doa.

Sementara itu, sejak keluar dari latihan ketenteraan pada November 2019, Taeyang lebih fokus kepada keluarga. Min Hyo Rin pula lebih fokus kepada keluarga selepas penggambaran filem Bicycle Kim Eom Bok Dong sekitar tahun 2019.

Kongsikan artikel ini