Tular Buat Baju Mas Idayu Guna Pin, Anas Abdullah Siap Sedia Harumkan Nama Korea & Malaysia Mei Ini Tapi…

Sejak kebelakangan ini, nama ratu dangdut Malaysia, Mas Idayu menjadi bualan ramai. Ia bukanlah satu perkara baru kerana sebelum ini banyak orang memberikan pandangan terhadap komen pedas ikon dangdut ini dikala menjadi juri pertandingan nyanyian. Namun, kali ini netizen rata-rata berkata tentang Mas Idayu yang sedang dilamun cinta selepas 15 tahun sepi cinta dengan mempersoalkan baju yang diperagakan pelantun lagu Robek Hatiku.

Difahamkan, penggemar fesyen tempatan mula berbicara soal baju yang dipakai oleh Mas Idayu. Pada kebiasaan netizen lebih gemar mengutuk setiap apa yang diperagakan selebriti tetapi tidak bagi Mas Idayu. Untuk kali ini,  rata-rata ramai terpegun dengan baju yang dikenakan Mas Idayu dalam program Big Stage. Baju tersebut menjadi tular kerana cantik dan tidak disangka ia diperbuat dari pin baju semata-mata.

Mas Idayu bersama Dato Sri Anas Abdullah

Disebalik kreatif baju tersebut, pereka baju berkenaan yang jugak menjadi perunding fesyen Mas Idayu, Dato Sri Anas Abdullah turut terkena tempias penulara baju yang dikenakan Mas Idayu itu. Menurut sumber, ramai yang menghubungi Anas untuk mereka baju yang kreatif macam Mas Idayu.

Pun begitu, tidak semua permintaan yang diterima boleh ditunaikan Anas. Ia bukan kerana Anas sombong atau sebaliknya, tetapi ini semua gara-gara Altitude World Supermodel. Yang sebenarnya, Anas telah dipilih menjadi pereka fesyen rasmi Altitude World Supermodel bagi negara Korea dan Malaysia. Oleh kerana itulah, Anas kini sedang sibuk menyiapkan baju-baju yang bakal dikenakan wakil dari Malaysia iaitu Justin Ho dan wakil dari Korea, Paul An.

Anas bersama wakil Malaysia, Justin Ho.

Disebalik kesibukan tersebut, Anas turut memohon jasa baik netizen untuk membantu dari segi berkongsi pandangan jenis baju untuk dipakai oleh Justin Ho. Anas perlu mereka baju yang betul-betul melambangkan ciri Malaysia. Atas dasar tersebut, seandainya anda mempunyai idea jenis ikon yang boleh diketengahkan untuk imej baju Malaysia, anda bolehlah hubungi Anas di laman instagram miliknya di sini.

Anas mempunyai kurang dari sebulan untuk menyiapkan baju berkenaan kerana ia akan dipertandingkan pada Mei depan. Apapun, semoga Anas dapat mencipta baju yang betul-betul kreatif seperti mana yang dihasilkannya buat Mas Idayu sekaligus boleh mengharumkan nama Korea dan Malaysia. Siapa tahu, Anas boleh menang sebagai rekaan terbaik di peringkat antarabangsa.

Kongsikan artikel ini