Penggiat Seni Popular Warga Emas Merogol Pekerja Kontrak Galeri Seni Usia Umur 20-an

Pelukis popular berusia lingkungan 60-an telah didakwa melakukan serangan seksual terhadap pekerja berusia 20-an yang bekerja di galeri seni.

Balai Polis Haeundae di Busan mengesahkan lelaki berkenaan merupakan seorang pelukis eksklusif di galeri seni berkenaan dan didakwa menyerang seksual pekerja wanita di situ.

Sewaktu menjalankan pameran di galeri berkenaan, pelukis ini telah merogol pekerja sambilan tersebut yang membantunya menguruskan pameran seni.

Mangsa rogol itu adalah seorang pekerja pelatih dan mula bekerja tahun lalu. Dia telah ditawarkan untuk membantu pelukis berkenaan pada April tahun ini yang mana pameran berkenaan berlangsung pada Mei 2021.

Ketika pameran berlangsung, pelukis berkenaan telah mengajak pekerja tersebut bersama pekerja lain untuk keluar bersama pada hujung minggu.

FOTO HIASAN PEXELS


“Ini adalah malam terakhir saya di Busan,” kata pelukis berkenaan.

Salah seorang pekerja tersebut menolak pelawaan pelukis ini. Namun, pelukis tersebut berjaya membawa mangsa keluar makan bersama. Selepas makan, pelukis ini telah membawa mangsa ke hotel tempat dia menginap dengan memberikan alasan.

“Saya tak boleh pergi ke Bar sebab Korona. Oleh itu, jom kita buat pusingan kedua di hotel,” kata pelukis berkenaan.  

FOTO HIASAN PEXELS

Menurut mangsa, selepas tiba di hotel, pelukis itu terus memeluknya dan mengajak dia menari bersama. Kemudian, lelaki ini telah memaksa wanita ini melucutkan pakaiannya lalu cuba merogolnya. Wanita itu memberikan alasan mahu menggunakan tandas dan berjaya melarikan diri dari pelukis berkenaan.

Berdasarkan siasatan polis berdasarkan bukti CCTV, memang ada bukti mereka berdua ke menuju ke bilik itu menggunakan lif.

“Saya takut menolak pelawaan pelukis berkenaan memandangkan dia sangat berpengaruh dengan pihak galeri seni tempat kerja, kemungkinan ia bakal menjadi perkara tidak elok seandainya saya tolak jemputannya yang mana saya hanyalah pekerja sambilan saja yang mengharapkan menjadi pekerja sepenuh masa,” kata mangsa.

Kongsikan artikel ini