Mula Nafsu Liwat Dalam Kem Tentera, Lelaki 20-an Rogol Kawan Lelaki Sampai Mati!

Seorang lelaki berusia 20-an telah ditahan kerana didakwa melakukan seks sesama jantina yang dipelajarinya ketika latihan tentera. Dia telah merogol rakan lelakinya ketika mengunjungi motel di Uijeongbu, Daerah Gyeonggi.

Sejurus selepas kejadian, mangsa memaklumkan keluarganya mengalami kemalangan di motel berkenaan. Balai Polis Uijeongbu telah menahan lelaki itu pada 28 Jun 2021 atas dakwaan merogol. Kedua-dua mereka ini kenal sewaktu menjalani latihan ketenteraan. Selepas tamat latihan, mereka berjumpa kembali pada 20 Jun 2021 dan minum bersama serta menginap di sebuah motel di Uijeongbu.

Foto hiasan ALTA CLUB


Pada tengah malam 21 Jun, salah seorang dari mereka menghantar mesej bahawa dia telah dirogol oleh kawannya itu. Keluarga mangsa terus membuat laporan polis dan terus pergi ke motel tempat anaknya menginap.

Difahamkan, kedua-dua mereka menginap di sebuah hotel ditingkap tiga. Sewaktu polis sampai di tempat lokasi, kesan kebakaran kelihatan dan mangsa cedera.

Mangsa rogol itu cedera dibahagian kepada dan terus dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan. Bagaimanapun, empat hari selepas itu, mangsa mati.

Foto hiasan ALTA CLUB


Tertuduh menafikan melakukan seks jenayah terhadap mangsa. Bagaimanapun, pihak mahkamah mengeluarkan waran untuk soal siasat tertuduh. Mereka mengatakan kes ini amat berat dan banyak bukti yang mengelirukan. Namun, pihak polis akan menyiasat kaitan antara jenayah dan kematian mangsa semasa dalam tahanan tertuduh.


Kongsikan artikel ini